Sabar


Mungkin selepas apa yang aku hadap, apa yang aku lalui dan sejauh ini aku pergi, aku cuma perlukan sedikit sahaja lagi kekuatan dan kesabaran. Mana mungkin aku lepaskan semuanya dengan mudah lepas apa yang jadi. Sakit aku dulu bukannya PERCUMA. Semuanya harus dibalas dan berakhir dengan bahagia. 

Benar, kalau mahu dikira siapa yang lebih banyak berkorban, aku jauh ketinggalan dibelakang. Tapi, aku juga punya hati. Aku juga tak mahu disakiti seperti mana dia tidak mahu. Bukan aku mahu menang. Bukan aku mahu banggakan semua sakit yang aku pernah lalui cuma aku ulangi sekali lagi, aku juga punya hati.

Percaya? Dulu aku pernah percaya, tapi sejak awal lagi aku sudah banyak terluka. Aku masih terima. Dan bila aku mula percaya semula. Sekali lagi aku disakiti. Dan terus-terus jadi. Ya, aku terima dan terima lagi. Dan Ya, dia sudah berubah. Aku percaya dia sudah berubah sekarang. Tiap tingkah yang aku lakukan bukan menunjukkan aku tidak percaya. Tapi itu langkah berjaga-jaga. 

Cuma aku yang faham diri aku dan faham apa yang aku lakukan. Apa yang aku rasa semuanya betul sejak dulu lagi. Jadi aku berjaga-jaga. Tetapi masih disalah anggap katanya aku tidak percaya. Mungkin, ini semua tidak difahami kerana bukan dia yang merasa dan dia takkan rasa semua ni sama macam apa yang aku pernah rasa.

Sejak tinggal berjauhan, semuanya retak menunggu belah. Hati makin jauh. Dan mula ada yang tawar hati. Benarlah, bila berjauhan macam-macam akan jadi. Perhatian pun sudah berkurang. Apalagi bab menjaga hati. Katanya salah aku, ya semuanya terus salahkan aku. Dan, bagaimana pula salahnya dia? Bagaimana pula dengan apa yang aku pendam dalam diam ini? Mana mungkin dia sedar. Yang dia sedar cuma salah aku.

Andai kata nanti, rezeki aku bukan dengan dia. Aku tetap selalu doakan dia bahagia dan berjaya dunia akhirat. 

Love,
FiezaRasan.