Insan Tersayang

Hey , Tiada pendahuluan mahupun isi , sekadar meluahkan isi hati :')

25/1/13 , Tarikh yang takkan aku dan family akan lupakan . Tarikh tu yang membuat dunia kami kosong , takda perasaan hanya yang ada tangisan dan kesedihan yang mendalam . Kehilangan insan yang dah membesarkan kami , yang dah buat kami hidup senang dan tahu erti kasih sayang . Kami hilang ayah yang tercinta. 

AYAH , Walaupun sekadar panggilan tapi amat besar makna nya bagi sesiapa . Tanpa ayah , siapa kita di dunia ini ? Tiada erti langsung . Sememangnya ayah adalah yang terbaik untuk kami . Tiada yang dapat gantikan tempat dia dihati kami . Dia satu-satunya yang kami ada , yang kami sayang . Pemergian dia tanpa apa-apa sebab . Tanpa khabar , dia pergi begitu saja . 

Setiap hari jumaat , Mesti teringatkan peristiwa yang terjadi . Masa ayah dekat klinik , ayah tak sedarkan diri , Masa tu aku hanya mampu berdoa supaya Allah panjang kan umur ayah , dan jangan amik nyawa dia secepat macam ni . Aku call andak, cakap ayah dah tak sedarkan diri. Airmata je mampu keluar sambil cakap tersekat-sekat. Tak lama lepas tuh , doktor kata ayah dah nazak dan suruh kakak ajar mengucap . Hanyaa Allah je tahu macam mana perasaan aku . Terasa macam ada orang rentap jantung ni . Terasa dunia gelap , hanyaa tangisan yang ada . Kakak kata ayah dah takda , masa tuh terasa nak pitam . Masa tu lah dengar tangisan mak. Aku cari satu sudut dekat luar klinik, duduk dan hanya airmata yang keluar dan itu yang mampu menenangkan aku saat tu. 

Bila bawak balik rumah , kami semua pegi mandi . 1 malam baca kan yasin untuk ayah . Masa tu lah sumbangan terakhir yang aku dapat bagi dekat ayah . Aku langsung takboleh lelap mata sampai pukul 3 pagi , aku rehat kejap then bangun semula sambung bacakan yasin untuk ayah . Subuh-2 lagi dah ada orang datang melawat. Aku cuma perhati gelagat orang yang melawat ayah sambil duduk disisi ayah sambil teruskan bacaa yasin. Jujurnya , aku takboleh tengok ada orang selak kain batik yang menutupi arwah , Bila orang bukak je , aku rasa sebak . 

Lepas dah kafan dan solat jenazah , aku dengan family dapat cium ayah buat kali terakhir . Masa cium tu aku rasa sayu sangat , Tapi dapat ketenangan bila cium ayah . Sejuk sangat sampai tak terfikir benda lain . Sebab tuh first time aku cium jenazah . Lepas dah masuk kan keranda dalam van jenazah , orang tuh ada bagi sikit ayat-2 . Butir-2 bicara tu buat aku meleleh airmata . 

Sampai kekubur , bila dah nak dikebumikan makin laju airmata aku mengalir. Siapa sangka secepat ni seorang ayah pergi ? Teringat kata-2 makcik aku . dia kata 'jangan nangis , nanti ayah terseksaa , Tu lah masa dia hidup kau takreti hormat dia' . Hanya Allah je tahu betapa sentap nya aku dengar dia kata macam tu . Dia takrasa apa yang aku rasa , that's why dia bercakap sesenang hati , sesedap mulut ! 

Dear ayah , Even ayah takdapat baca ni , org nak ayah tahu . Ayah lah ayah yang paling terbaik untuk orang dengan adik beradik . Walaupun sepanjang hayat ayah , org banyak melawan dan tak dengar cakap ayah , tapi sebenarnya org sayang ayah sangat-2 . Tanpa ayah , org takkan hidup senang macam ni . Ayah segala nya bagi kami , Tapi ayah dah pergi . Ayah pergi tanpa petanda . Ayah tak bagi petunjuk dekat kami . Ayah pergi secara tiba-2 . Ayah ingat tak , petang tu ayah sempat lagi panjat pokok rambutan . Ayah sihat lagi petang jumaat tu . Ayah masih gagah , Tapi lepas org keluar nak pegi makan . Mak call , mak cakap ayah dekat klinik ayah tak sedar diri . Tahu tak masa tuh jantung org rasa macam nak tercabut ? Sampai dekad klinik ayah dah terbaring dekad kereta . Org nak menangis masa tu , then kak et bukak bilik kecemasan tu . Masa tuh doktor dengan nurse lambat sangat datang , mujur ada kak et . Ayah , Ayah kenapa tinggalkan kitorang semua ayah ? Org masih belum puas rasa kasih sayang ayah . Ayah , tiap-2 lepas solat , Org berdoa untuk ayah . Org berdoa supaya ayah sentiasa tenang dekat sana , ayah ditempatkan dikalangan org yg beriman . Dan org minta pada Allah supaya tempat kan ayah di syurga nya . Jauhkan ayah daripada neraka nya . Org mohon supaya Allah perluaskan kubur ayah . Org sayang ayah . Org cinta ayah . Petang tadi org melawat kubur ayah . Org tanam pokok , Supaya pokok tuh bila daun nya gugur , daun-2 tuh sentiasa selawat dekat ayah selagi ia tak kering . Org rindu ayah , Semuaa rindu ayah :'(

#Alfatihah for my ayah !

No comments:

Post a Comment