TIPS : Rambut sihat walaupun BERHIJAB :)

Tak semestinya seseorang yang berhijab ni takperlu jaga kecantikan rambut. Rambut adalah "Mahkota" gadis dan aset paling penting bagi perempuan. Now, Nak kongsi beberapa tips untuk penjagaan rambut :)
 Elak Mengenakan Tudung Saat Rambut Basah
Tidak digalakkan sama sekali untuk pakai tudung semasa rambut tengah basah. Selain boleh membuat rambut berbau, ia juga menggalakkan rambut berbuah. Pastikan rambut betul-betul kerin sebelum pakai tudung :)
 Anak Tudung Ketat
Kita juga tidak digalakkan untuk memakai anak tudun terlalu ketat. Kerana ia boleh menyebabkan rambut sukar untuk bernafas dan dalam masa yang sama, rambut juga mudah gugur. Elakkan juga dari mengikat rambut terlalu ketat kerana ia boleh membuat rambut tertarik lalu gugur.
 Syampu Rambut Dua Hari Sekali
Bagi kita yang berhijab ni, Kita memang perlu bersyampu setiap dua hari sekali bai mengelakkan rambut berkelemumur. Lebih baik pilih syampu yang khas anti-kelemumur.
 Jangan Menggunakan Kuku !
Ramai yang diantara kita menggosok kepala guna kuku masa syampu rambut. Elakkan daripada menggunakan kuku semasa syampu rambut. Ia akan mengakibatkan kulit kepala luka. Pada masa yang sama, Bakteria yang ada pada kuku juga boleh memburukkan keadaan. Sebaiknya, lakukan urutan dengan lembut menggunakan jari apabila bersyampu. 
Lakukan Spa Rambut
Jika banyak masa yang terluang, Tidak salah untuk sesekali kita melakukan spa rambut di salun-salun kecantikan. Bagi wanita yang berhijab, tidak perlu risau kerana kebanyakan salun kecantikan sekarang menyediakan bilik ataupun ruang sendiri untuk melakukan perawatan rambut. Ia akan memberi lebih keselesaan buat kita kala mengunjungi spa kecantikan :) 

No comments:

Post a Comment