Setahun Pemergiannya.


Ayah, 
Mengapa cepat benar masa berlalu.

Ayah,
Tanpa ku sedar, Dengan lekanya,
Aku tidak menyangka. 

Pemergianmu,
Sudah pun berlalu setahun lamanya.

Tapi ayah,
Aku merasakan baru semalam kita bergurau senda.

Ayah, 
Tenang lah dikau disana.

Ayah, 
Maafkan aku.
Kerana tidak terima pemergianmu pada awalnya.

Ayah,
Siapa sangka?
Kau yang tiada sebarang penyakit.

Pergi,
Pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Tapi,
Apakan daya.
Itu semua suratan takdir.

Kami terima.
Terima walaupun sakit, perit dan pedih :'(

Pemergianmu.
Terlalu awal bagiku. 
Terlalu awal sehingga aku tidak menerima semua ini.

Aku mahu menangis.
Tapi apakah gunanya semua itu?

Meratapi pemergianmu.
Tidak akan berguna langsung.

Kau takkan kembali.
Kau meninggalkan kami selama-lamanya.

Ayah,
Tenang lah dikau disana.
Semoga kau selalu dikalangan orang yang beriman.

Aku,
Hanya mampu mendoakan mu dari jauh.

Ayah,
Aku merindui diri mu :'(

Ya Allah.
Aku mohon kepada mu.
Tempatkan lah ayah ku dikalangan orang yang beriman.
Masukkan lah ayah ku ke syurga mu tanpa sebarang hisab.
Jauhi lah ayah ku daripada neraka mu Ya Allah.

Love,
Fieza Rasan.




No comments:

Post a Comment