Usaha.


Dalam kehidupan kita ini, kita sering nakkan sesuatu yang mana semua perlukan usaha. Tak kira sama ada tentang kehidupan, pasangan, pekerjaan atau pelajaran. As manusia biasa, kita cuma perlu berusaha sehabis baik untuk kecapi kejayaan dan kebahagiaan yang kita nak. 

Perasan atau tidak, sebenarnya yang gigih berusaha akan terus berusaha dan yang hanya duduk dalam golongan istilah "hangat-hangat tahi ayam" akan berusaha separuh jalan dan seterusnya hanya duduk tanpa sebarang usaha tapi mahukan kejayaan. 

Allah datangkan dugaan untuk kita diuji sama ada berjaya atau tidak berusaha untuk keluar dari masalah yang diberi olehNya. Jika kita yakin dengan kuasa Allah, kita akan stay untuk teruskan dugaan yang diberikan. Duduk diam, berehat sebentar sementara mencari jalan untuk keluar dari kepompong masalah. 

Ya, kita manusia biasa. Yang kadangnya akan jatuh tersungkur dan akan rasa give up. Tapi, jika benar kau nakkan sesuatu yang indah pada hujung jalan cerita. Kau perlu bangkit! Jangan biarkan diri kau lemas dan terus hanyut tanpa sebarang tempat untuk memapah. Kelak bila kau terus-terusan kecewa, kau juga yang akan rugi. 

Pegang pada jalan takdir yang telah diatur untuk kau. Ya, kita boleh ubah jalan takdir kita sekiranya kita usaha. Jika tiada usaha, jalan takdir itu lah yang harus kau terima dan kau harus duduk. Tapi, pada penghujungnya jangan kau salahkan takdir kerana kau sendiri yang taknak berusaha untuk kebahagiaan kau. 

Love,
Fieza Rasan.

No comments:

Post a Comment