Kita.


"Kadang-kadang kita terlalu meminta sehingga membuatkan manusia lain terseksa. Usah pentingkan diri sayang. Hidup ini bukan untuk membebankan orang" - Amira Atiya, Oktober by Terfaktab.
Ya, kita manusia yang sering meminta tanpa memikirkan tentang manusia lain. Tanpa kita sedar, ada manusia yang sakit disebabkan tingkah laku kita sendiri yang memualkan mereka. Mungkin pada pandangan kita, itu cuma biasa-biasa. Pada hakikatnya, perkara itulah yang menyakitkan manusia lain.

Ya, kita juga manusia yang mementingkan diri sendiri. Hanya mampu membebankan orang. Hanya mampu memikirkan kehendak diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Hanya ingin orang faham siapa kita, tapi kita tak mampu nak faham kehidupan orang lain.

Ya, kita manusia yang sering memualkan. Memualkan manusia lain dengan ego kita. Ego yang menjadi punca berlakunya sesuatu perpecah, perbalahan malah ia juga mampu menjadi punca berlakunya sesuatu perpisahan.

Ya, kita juga manusia yang sering melakukan kesalahan itu berulang-ulang kali. Yang tak kenal erti lelah untuk melakukan kesalahan yang sama.

Kerana apa?
Kerana kita cuma manusia biasa. Yang tak sempurna. Yang sering inginkan yang terbaik, sedangkan diri kita belum tentu baik.

Aku letih.
Love,
FiezaRasan.

No comments:

Post a Comment