Pra Universiti SMK Adela


Bukan dan langsung tak terniat nak kata form 6 ni pilihan terakhir. Memang lah pada awal cerita, taknak masuk form 6 sebab dah bosan duduk sekolah yang sama, duduk dekat kawasan yang sama dan nak keluar. Mohon SPA segala. Tapi bila dah join form 6, dah kenal dapat keluarga "lower six" yang semua perangai indah-indah belaka. Rasa sayang sangat kalau nak keluar. Jadi decided duduk jela form 6. 

Makin hari makin sayang dengan keluarga "lower six". Dan makin hari makin ramai yang keluar. Yang saing-saing orientasi ada yang dah keluar. Sedih memang lah sedih, tapi kejayaan diorang kejayaan kitorang juga. Ada yang pergi UiTM, Marsah, kena campak jauh ke Pahang. Patah tumbuh hilang berganti. Bulan 6 atau 7 ni masuk lah student baru. Tapi takkan sama lah dengan yang pergi tu.

Yang tak pernah rapat dulu jadi makin rapat. Yang pindah dulu, masuk balik sekolah lama. Tu semua demi KEJAYAAN. Demi tebus balik apa yang pernah jadi masa SPM. Bila tanya cita-cita majoriti kelas Sastera mesti nak jadi CIKGU. Hahahahahaha ngam betul lah tu masuk form 6, duduk kelas Sastera jadi cikgu.

Bye.
Love,
FiezaRasan.

No comments:

Post a Comment